Monday, June 11, 2007

PENGUMUMAN KHAS UNTUK RAKAN-RAKAN DREAMKAYA

Rakan-rakan DREAMKAYA yang hebat, terima kasih di atas kerjasama yang diberi sehingga DREAMKAYA berada di tahap ini. Dengan rasa rendah diri kita umumkan bahawa DREAMKAYA menarik diri dari segala bentuk aktiviti yang berkaitan dengan SWISSCASH bermula serta merta. Keputusan ini dibuat setelah berbincang dengan semua leader-leader DREAMKAYA dan mendapat nasihat dari pakar perundangan dan pihak berkuasa. Keputusan ini juga dibuat berdasar kesungguhan kerajaan mengambil tindakan sehingga AKAUN BANK dreamkaya dan saya telah dibekukan dan dijangka lebih banyak akaun leader-leader juga akan terlibat jika aktiviti diteruskan.Denda RM1juta atau penjara 10 tahun juga menunggu sekiranya leader-leader masih menjadi agen(rujuk kepada FAQ suruhanjaya sekuriti). Segala aktiviti berkaitan swisscash selepas ini adalah atas kapasiti INDIVIDU sebagai pelabur bukan atas DREAMKAYA TEAM. Berjuta maaf di pohon di atas kesukaran yang berlaku, insyallah setiap kejadian ada HIKMAHNYA. DREAMKAYA tetap menjadi platform kepada lain-lain online business dan menjadi platform untuk melahirkan seramai mungkin usahawan yang berjaya. Fokus DREAMKAYA sekarang adalah webucation bersama SCOREA. Insyallah dengan izin ALLAH kita akan mencipta satu lagi fenomena di Malaysia sebagaimana kita sudah buktikan sebelum ini. Kepada yang berminat sila rujuk kepada leader-leader terdekat ....PERJUANGAN BELUM SELESAI

AMIR HASSAN
DREAMKAYA FOUNDER

Sunday, June 10, 2007

FAQ : “Jangan Melabur dalam Skim Pelaburan Internet Tidak Sah”

Berikutan pengumuman baru-baru ini oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) bahawa ia akan mula menyekat akses ke laman-laman web pelaburan tidak sah dari 11 Jun 2007, SC telah menerima lebih dari 340 pertanyaan daripada orang ramai dalam masa tiga hari bekerja mengenai perkara tersebut. Sebagai panduan umum kepada orang ramai, pihak SC hari ini mengeluarkan satu set soalan lazim yang merangkumi pelbagai aspek mengenai langkah yang akan diambil untuk menyekat laman web pelaburan tidak sah.

1) Mengapa SC menyekat akses kepada laman web pelaburan tidak sah ini?

SC telah berulang kali mengeluarkan amaran kepada para pelabur mengenai risiko melabur dengan skim tidak sah dan juga secara berterusan mengingatkan orang ramai agar hanya melabur dengan individu yang berlesen supaya mendapat perlindungan yang disediakan di bawah undang-undang sekuriti. Namun begitu, walaupun adanya amaran berulang tersebut, bilangan pertanyaan dan aduan orang ramai yang meningkat menunjukkan bahawa mereka terus mengambil bahagian dalam pelaburan tidak sah sedemikian. Oleh yang demikian, SC telah mengambil langkah penguatkuasaan yang lebih tegas termasuk menghalang orang ramai daripada mengakses laman-laman pelaburan tidak sah ini.

SC akan terus mengambil semua langkah memerangi aktiviti pelaburan tidak sah ini untuk melindungi pelabur dan integriti pasaran modal Malaysia secara keseluruhannya.

2) Bagaimana SC mengetahui bahawa laman-laman web ini adalah tidak sah?

Laman-laman web pelaburan tidak sah tersebut dikesan melalui pemantauan dan penyiasatan SC, serta maklumat yang diterima daripada orang ramai.

3) Laman web manakah yang akan disekat? Mengapa SC tidak menyekat akses kepada semua laman web dalam senarai laman web yang tidak diberi kuasa?

Pada 11 Jun, SC akan mula menyekat sebilangan laman-laman web. Penyekatan laman web merupakan salah satu daripada banyak langkah yang boleh diambil dan SC akan menentukan mengikut kes langkah yang sesuai untuk diambil. Penyekatan laman web tersebut akan dilakukan secara berperingkat dan ia merupakan proses yang berterusan.

4) Jika SC telah pun mengetahui bahawa laman web tersebut adalah yang tidak diberi kuasa, mengapa ia tidak menutupnya sebelum ini dan mengambil tindakan? Mengapa laman-laman web ini dibenarkan untuk terus beroperasi?

Sebelum ini, SC telah mengadakan program pendidikan dan kesedaran di seluruh negara mengenai skim ini. Kami juga telah bekerjasama dengan pihak kuasa tempatan dan asing yang lain untuk mengeluarkan amaran dan peringatan kepada pelabur. Dalam usaha menghalang orang ramai untuk melabur dalam skim tidak sah sedemikian, satu senarai laman web yang tidak diberi kuasa disiarkan di laman web SC dan juga disebarkan kepada orang ramai.

5) Adakah ini bermaksud bahawa laman-laman web yang tidak disekat pada 11 Jun 2007 adalah diberi kuasa untuk menawarkan skim pelaburan mereka?

Laman web yang kekal dalam senarai SC selepas 11 Jun, terus dianggap tidak diberi kuasa di bawah undang-undang sekuriti untuk berurusan dalam sekuriti, memberikan nasihat pelaburan dan/atau perkhidmatan pengurusan dana yang berkaitan dengan sekuriti atau niaga hadapan. Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak membuat mana-mana pelaburan dengan pihak yang tidak dilesenkan oleh SC.

6) Bilakah SC akan menyelesaikan operasinya untuk menyekat laman web pelaburan tidak sah ini?

Usaha SC untuk menyekat akses kepada laman web pelaburan tidak sah ini akan dijalankan secara berterusan.

7) Sesetengah pengendali skim tersebut mendakwa bahawa laman web mereka adalah sah dan tidak dalam siasatan SC. Adakah dakwaan ini benar?

Dakwaan ini adalah palsu. SC tidak pernah memperjelaskan dengan mana-mana pengendali laman web pelaburan tidak sah sama ada mereka adalah di bawah siasatan atau tidak. Sekiranya seseorang pengendali itu berlesen, ia akan tersenarai dalam senarai pengantara berlesen yang boleh didapati di laman web SC.

8) Walaupun SC mengatakan bahawa akses kepada laman web pelaburan tidak sah tersebut akan disekat bermula 11 Jun, saya memang pun tidak boleh memasuki beberapa laman web. Mengapa begitu?

Laman-laman web yang tidak boleh diakses sebelum 11 Jun 2007, mungkin telah ditutup oleh pengendalinya.

9) Bagaimanakah saya boleh mendapatkan kembali wang saya sekiranya saya tidak boleh mengakses akaun saya untuk mengeluarkan pelaburan saya?

Orang ramai yang mempunyai pelaburan melalui pihak tidak berlesen adalah tidak diperuntukkan perlindungan di bawah undang-undang sekuriti. Inilah sebabnya SC secara berterusan mengingatkan orang ramai agar berurusan dengan pihak yang berlesen kerana mereka akan diberikan bantuan di bawah undang-undang sekuriti. Pengantara berlesen juga dikehendaki menyediakan langkah-langkah perlindungan pelabur yang merangkumi keperluan untuk menyimpan wang pelanggan dalam akaun amanah.

10) Adakah laman-laman web tersebut akan ditarik balik sekatan ke atasnya pada masa hadapan??

Tidak, laman web pelaburan tidak sah tidak akan ditarik balik sekatan ke atasnya pada masa hadapan.

11) Sekiranya laman-laman web tersebut dibuka semula, adakah ini bermakna mereka telah mengesahkan skim pelaburan mereka?

Sekiranya pihak tersebut tidak disenaraikan di dalam senarai pengantara berlesen yang boleh didapati di laman web SC, mereka adalah tidak berlesen untuk menjalankan atau mengendalikan aktiviti pelaburan melalui mana-mana laman web. Sekiranya tidak pasti, sila semak dengan SC sebelum membuat pelaburan.

12) Haruskah saya terus melabur dengan pengendali/ejen laman web pelaburan tidak sah yang boleh menghubungi saham melalui e-mel/SMS/telefon/dsb?

Sekiranya laman web tersebut telah disekat, pelabur hendaklah menghentikan pelaburan mereka serta merta. Sekiranya pihak tersebut tidak dalam senarai pengantara berlesen yang boleh didapati di laman web SC, mereka adalah tidak dilesenkan untuk menjalankan atau mengendalikan aktiviti pelaburan.

13) Adakah saya boleh mengakses laman web yang sama dari negara lain?

Anda mungkin boleh berbuat demikian kerana akses hanya disekat dari Malaysia. Bagaimanapun, adalah tidak bijak untuk terus melabur dalam skim pelaburan tidak sah ini apabila pelabur telah pun diberi amaran oleh pihak berkuasa bahawa pihak ini adalah tidak dilesenkan bagi aktiviti pelaburan sedemikian. Pelabur adalah dinasihatkan agar memeriksa status pelesenan mana-mana skim pelaburan yang mereka untuk melabur di dalamnya, sama ada dengan pihak berkuasa tempatan atau asing yang berkaitan.

14) Adakah saya melanggar mana-mana undang sekiranya saya hanya seorang pelabur dalam skim pelaburan tidak sah?


Ya, sebagai seorang pelabur dalam skim pelaburan tidak sah mungkin melanggar undang-undang kerana bersubahat dalam menyebabkan berlakunya satu kesalahan.

15) Apakah penalti atas kesalahan mempromosi atau bersubahat dalam aktiviti pelaburan tidak sah?

Seseorang yang didapati mempromosikan atau bersubahat dalam mana-mana aktiviti pelaburan tidak sah boleh didenda sehingga RM1 juta atau boleh dipenjarai bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

16) Selain menyekat laman web, apakah yang akan dilakukan oleh SC?

SC akan terus mengambil semua langkah bagi memerangi aktiviti pelaburan tidak sah termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali dan ejen laman web pelaburan tidak sah. SC juga akan meneruskan program kesedaran pelaburnya.

SURUHANJAYA SEKURITI

Friday, June 01, 2007

PRESS RELEASE Kuala Lumpur , 31 May 2007(Malaysian Only)

INVESTOR ALERT: SC to block access to illegal investment scheme websites, investors urged to terminate accounts immediately
The Securities Commission (SC) today announced that it will be embarking on an exercise to block access to websites offering illegal investment schemes to the Malaysian public. This exercise will begin on 11 June 2007.

All existing investors to such schemes via the Internet are urged to withdraw their investments and terminate their accounts immediately. Investors will not be able to enter their accounts once access to the websites are blocked.

The SC is joining forces with the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) and CyberSecurity Malaysia to track, identify and block access to local and foreign websites promoting investment scams.

This latest measure by the SC follows a series of repeated warnings and investor alerts on illegal investment schemes. The SC has set up an internal taskforce and embarked on a comprehensive investor awareness campaign on internet investment scams. Despite repeated warnings, there are still people who continue to invest in these illegal investment schemes. Between April and May 2007, the SC has received around 720 enquiries and complaints relating to illegal internet investment schemes with some members of the public indicating that they have lost huge sums of money.

Illegal investment schemes promoted on the Internet are not licensed by the SC to provide investment advice that is related to securities or futures activities or carry out fund management activities in Malaysia . Members of the public are reminded that they should only invest with parties licensed by the SC to be accorded the protection provided under the securities laws.

Lists of companies and individuals licensed by the SC to engage in investment activity are available at www.sc.com.my . The SC website also provides a periodically-updated list of known companies and websites which are not authorised nor approved under the securities laws to deal in securities, provide investment advice and/or fund management services related to securities or futures. Investors are advised to check with the lists before investing with any parties.

KOMEN DREAMKAYA : SWISSCASH ADALAH TERMASUK DALAM SENARAI LAMAN WEB YANG AKAN DI SEKAT OLEH SURUHANJAYA SEKURITI.